Ahad, 17 Februari 2013

HOT GIMMICK


Kehadiran Natasya Shakilla (Asya/Killa) mendatangkan gimik yang besar di dalam hidup Harizd Hakkam. Status Harizd sebagai Ketua Pengawas bukanlah penggugat untuk dia melawan lelaki itu. Pergaduhan yang tercetus di antara dia dengan 'pengawas besar' itu menimbulkan pelbagai masalah. Manakala hubungan baiknya dengan Amierul Mukminien Carl dan Wan Izuan Hafiz menerbitkan cemburu di dalam hati para pelajar perempuan. Secara tidak langsung, Asya telah pun memasuki kumpulan 3K. Tapi bagi peminat setia 3K, Asya adalah musuh utama mereka! Musuh yang sentiasa laparkan sasaran dan hero penyelamatnya-Harizd!

Apabila hatinya mula menerima kehadiran Harizd sebagai rakan sekelas dan hidup sebagai seorang muslimah sebenar, dia mendapat tahu lelaki itu ialah 'Ayez', kenangan masa silamnya. Dan dia terpaksa meneruskan pembohongan kepada Harizd atas permintaan Hanis Humaira'.

Tegarkah dia meneruskan pembohongan disebabkan Hanis Humaira' yang dahagakan kasih sayang seorang insan yang bergelar abang? Dapatkah dia berhadapan dengan diri Harizd sekarang, sedangkan kenangan Ayez pada masa silamnya bagaikan berputar di segenap benaknya? Apakah kisah silam yang tersembunyi di antara mereka berdua?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan