Alisa bukanlah anak gadis yang nakal mana pun. Tapi bila mak
dengan ayah sudah mula tidak percayakan diri dia, apa lagi yang dia boleh buat?
“Kami nak satukan kamu dengan Hafiz sebelum kami bertolak ke
Mekah.”
Yang menjadi masalah buat Alisa apabila ‘TIDAK’ bukan salah
satu pilihan jawapan yang dia ada. Dan dia pula tidaklah pernah terfikir hendak
melarikan diri daripada keluarga. Senakal-nakal Alisa, kasih sayang mak dengan
ayah masih mampu membuatkan dia mengikut kata mereka. Tapi macam mana pula
dengan cita-cita dia?
“Dia itulah ustaz di sekolah aku. Ustaz yang popular pula tu
sebab masih belum berpunya. Hendak dikatakan handsome, semestinya tidak. Pada
aku, dia bukanlah tergolong di dalam lelaki idaman aku. Tetapi, kalau sudah
ramai yang mahu mengisi borang untuk masuk ‘Kelab Peminat Ustaz Hafiz’
sekiranya kelab itu wujud, mestilah dia tu ada rupa, ya tak? Aduh! Tidak
fasal-fasal dia menjadi kepunyaan aku pula.”
Macam mana agaknya apabila Alisa yang berperangai gila-gila
terpaksa hidup dengan Hafiz yang hidupnya skema? Tapi skema ke Hafiz kalau
perangainya suka menyakat Alisa sejak lahir sehinggalah besar?
“Cuma aku harap, kahwin ni bukan bermakna hidup aku
berakhir. Well, kau tahulah kan. Cita-cita aku ni tinggi. Pada aku umur baya
kita ni sebenarnya hidup kita baru bermula. Mana nak belajar, nak kerja. Aku
harap, everything is going to be well.”
Alisa. Cita-citanya setinggi langit, cintanya masih belum
pernah berputik. Akan wujudkah cinta buat si suami dan bertahankah jodoh mereka
berdua? Perlukah salah seorang berkorban hanya untuk membuatkan cita-citanya
kesampaian?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan