Fuad seorang pemuda berketurunan
Cina dan beragama Islam. Selain itu, Fuad juga dikenali sebagai Joshua dan
Abdul Halim. Ayahnya, Robert Lim berketurunan Cina dan berkahwin dengan Mariana
berketurunan Melayu. Walau bagaimanapun, hidupnya penuh dengan liku kerana
sejak kecil lagi dia tidak mengenali dan tidak mendapat kasih sayang daripada
ibu dan bapanya. Dia dibesarkan oleh Peter Lim iaitu bapa saudaranya yang juga
adik kepada Robert Lim. Selepas itu, dia menjadi anak angkat kepada Pak Ismail
dan Mak Salmah. Fuad berusaha untuk mencari kubur ibunya yang disangkanya sudah
meninggal dunia. Fuad mendapat sokongan
Fuad yang telah diminta moral
daripada Pak Ismail, Mak Salmah, Peter Lim, Swee Lan, dan Robert Lim sendiri
memberikan bantuan untuk mengesan ibunya melalui cincin yang diberikan Robert
Lim kepada Mariana. Selain itu, Fuad juga dibantu oleh Pak Said dan Pak Ngah
Lias untuk mengesan kubur ibunya itu. Akhirnya Fuad mendapat maklumat bahawa
ibunya tidak meninggal dunia dan masih hidup. Fuad telah ditawarkan sebagai
guru sandaran tidak terlatih di Sekolah Menengah Seri Setia oleh Cikgu Abas.
Setelah mempertimbangkan Fuad telah menerima tawaran tersebut. Di sekolah itu
Fuad telah berkenalan dengan Farhana yang menjadi Ketua Panitia Bahasa Inggeris
di sekolah yang sama. Fuad sentiasa memberikan komitmen yang tinggi terhadap
tugasnya dan hubungannya menjadi semakin rapat dengan Farhana. Hubungan yang
rapat itu akhirnya melahirkan perasaan cinta yang suci antara mereka berdua.
Walau bagaimanapun, perasaan itu terpaksa diubah kerana hubungan mereka
sebenarnya adalah sebagai adik-beradik daripada ibu yang sama tetapi berlainan
bapa.
Sementara itu Farhana menghadapi
konflik dengan Cikgu Zamani di sekolah. Hal ini demikian kerana, Cikgu Zamani
selalu mengkritik dan mengutuknya dengan pelbagai kritikan dan kutukan. Farhana
pula mengatakan bahawa Cikgu Zamani tidak sepatutnya ponteng kelas dan tidak
menunaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepadanya. Sepatutnya cikgu
Zamani melakukan tindakan yang selaras dengan perkara yang dikatakannya. Dia
selalu mengatakan orang lain sahaja yang melakukan kesalahan dan kesilapan
tetapi tidak menyedari bahawa dia sendiri melakukan kesalahan.
Fuad pula menunjukkan
keprihatinannya dengan mengambil berat terhadap Farhana. Sebagai contohnya,
Fuad mengajak Farhana menaiki keretanya dan dia menghantar Farhana ke rumah ibu
Farhana di Kuantan. Selain itu, Fuad juga menemani Farhana di hospital ketika
ibu Farhana, iaitu Mariana yang diserang sakit lelah dimasukkan ke hospital.
Ketika berada di hospital itulah Fuad mengetahui bahawa nama emak Farhana itu
sama dengan nama ibu kandungnya selepas terpandang nama emak Farhana pada rekod
catatan perubatan ibu Farhana.
Fuad terpaksa menenangkan perasaan
Farhana yang agak sukar menerima hakikat bahawa mereka berdua ialah
adik-beradik. Fuad cukup bersedia untuk menerima hakikat itu kerana dia sudah
biasa hidup dalam keadaan yang penuh dengan cabaran dan masalah. Ayah kandung
Fuad juga mengesali perbuatan silamnya yang meninggalkan Mariana selepas tiga
bulan berkahwin tanpa sebarang berita. Robert Lim memohon maaf daripada Pak
Ismail, Mak Salmah dan juga Mariana atas kesalahan-kesalahannya itu. Fuad juga
akhirnya menerima hakikat bahawa Robert Lim ialah ayah kandungnya, Mariana
sebagai ibu kandungnya dan juga Farhana sebagai adik kandungnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan